seismik

Konfiden Pakai Makeup Masa Kerja, Wanita Thailand Ini Digelar Pengutip Sampah Tercantik

Wow, macam model!

Cover image via @241262bp (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pekerjaan sebagai pengutip sampah atau bidang pembersihan merupakan satu kerja yang mulia

Walau bagaimanapun, jika kita lihat di Malaysia sendiri tidak ramai yang mahu bekerja dalam bidang tersebut. Kebanyakannya adalah terdiri daripada warga asing.

Hal ini mungkin kerana individu yang berada dalam industri tersebut perlu berdepan dengan bau busuk serta persekitaran kotor sebelum menjalankan proses pembersihan.

Baru-baru ini, seorang pengutip sampah di Thailand menjadi perhatian ramai gara-gara dia memakai mekap semasa bekerja.

Lihat beberapa video di bawah:

@241262bp

สะบักสะบอมทุกวันหลังกลับบ้านเป็นผู้หญิงไม่ต้องถึกบ้างก็ได้บางทีก็อยากอ่อนแอแต่สภาพไม่น่าอ่อนแอเลยตู#ความสุขของอรุณ #พนักงานกวาด #เขตจอมทอง #เซรั่มโสมคอลลาเจนสิตา #สิตาครีมโสมนมแพะ #สิตาแบรนด์

[Animals and dishes] Cute BGM - Sound Owl

Tak kisah tentang pekerjaan sebagai penyapu sampah, tetap tampil cantik setiap hari

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Pattaramon Thocharoen itu menjadi tular di media sosial kerana netizen tempatan menggelarnya sebagai penyapu sampah yang paling cantik di negara berkenaan.

Menurut Pattaramon atau lebih mesra dipanggil Bow, dia memakai mekap ketika bekerja sebagai penyapu sampah di jalan untuk kepuasan diri sendiri.

Jelas wanita itu lagi, ibunya juga merupakan seorang tukang sapu di jalan dan ayahnya pula seorang pemandu lori sampah.

"Ini adalah profesion yang ibu bapa saya lakukan untuk membesarkan saya, jadi saya bangga dengannya," katanya.


Kerja hakiki sapu sampah, namun peroleh hasil lebih dari RM6,000 dari media sosial

Wanita itu turut memaklumkan bahawa dia juga memperoleh sekitar 12,000 Thai Baht (RM1,590) setiap bulan hasil daripada bekerja sebagai penyapu sampah di jalan.

Walau bagaimanapun, dia turut memperoleh pendapatan sampingan di TikTok sehingga mencecah 50,000 Thai Baht (RM6,622.74) menerusi penglibatan di media sosial seperti review jenama dan jualan produk tempatan.

Pandai dia cari duit lebih. Muka cantik, siapa tak nak ambil untuk buat job review kan? :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: