seismik

Mahu Tuntut Saman, Da'i Syed Keluarkan Kenyataan Rasmi Dakwaan Bawa Perempuan Balik Rumah

Da'i Syed telah mengeluarkan kenyataan rasminya malam tadi, 26 November 2020.

Cover image via @daisyed_ (Instagram) & Harian Metro

Baru-baru ini, kecoh di media sosial isu dakwaan tuduhan rogol oleh seorang pendakwah muda, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail

Seorang individu wanita telah memuat naik ciapan di laman sosial Twitter beberapa hari lalu tentang dakwaan Da'i Syed telah memperkosa rakannya.

Dakwaan yang dibuat oleh gadis itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen dan sekali gus membuatkan ramai memandang serong terhadap Da'i Syed.

Lihat ciapan penuh gadis tersebut di bawah:

Susulan ciapan itu tersebar di seluruh laman sesawang, Da'i Syed bertindak membuat laporan polis dan menyifatkan dakwaan gadis tersebut adalah satu fitnah

Image via Harian Metro

Akui dakwaan tersebut telah mencalarkan imejnya sebagai seorang pendakwah, Da'i Syed segera membuat laporan polis. Tindakan itu diambil untuk membersihkan namanya daripada terus dikaitkan dengan tuduhan tidak berasas.

Bapa minta individu yang mengaku mangsa untuk membuat laporan dan memberi peringatan terbuka buat Da'i Syed

Susulan isu hangat itu menjadi topik utama dan bualan ramai, bapa Da'i Syed telah memuat naik satu posting di akaun Facebook milik peribadinya.

Menurut bapanya, mereka satu keluarga sudah letih menghadap isu seperti ini, lebih-lebih lagi Dai' Syed mempunyai adik-adik yang masih belajar dan menyebabkan mereka tertekan dengan sindiran daripada kawan-kawan di sekolah.

Baca perkongsian penuh oleh bapanya di bawah:

Terbaharu, Da'i Syed telah memuat naik kenyataan rasmi di akaun Instagramnya dan mahu tuntut saman fitnah terhadap individu yang terbabit

Apa-apa pun, semoga kebenaran berpihak pada yang benar. Wallahualam..

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: