seismik

[VIDEO] Hafiz Mahamad Buat Kejutan Untuk Wife, Naik Belon Udara Panas Sempena Anniversary

Tak pernah tak sweet! :)

Cover image via @hafizmahamad (Instagram)

Setiap isteri pasti mengimpikan seorang suami yang sentiasa membahagiakan mereka

Apatah lagi jika mempunyai suami yang romantik, pasti ada saja kejutan yang ingin diberikan buat isteri.

Namun, lain orang lain caranya. Ada pasangan yang mengingati ulang tahun perkahwinan dengan hanya ucapan ringkas, ada juga yang membawa isteri atau suami pergi bercuti.

Tetapi, kali ini sedikit berbeza kerana kejutan yang diberikan buat si isteri memang tidak dijangka. Baru-baru ini, usahawan dan instafamous Hafiz Mahamad telah membuat kejutan ulang tahun perkahwinannya yang ketiga buat isteri tercinta, Syafiqah Aina.

Menariknya, kejutan yang diberikan bukan biasa-biasa. Hafiz telah membawa isterinya itu menaiki belon udara panas. Wow!

Lihat video penuh di bawah:

Aina pada awalnya menyangka si suami lupa tarikh penting mereka, rupa-rupanya Hafiz sudah merancang kejutan itu tanpa pengetahuannya

Menerusi video berdurasi 1 minit 34 saat itu, Hafiz sempat berkongsi tentang plannya saja buat Aina kecewa konon-konon dia terlupa tarikh anniversary mereka. 

Kemudian pada hari kejadian, pagi-pagi lagi Hafiz sudah mengajak Aina pergi breakfast di sebuah lokasi yang tidak diberitahu. Sebaik tiba di lokasi dan selepas menjamu sarapan, Hafiz menutup mata Aina dan membawanya menaiki belon udara panas tersebut. 

Aina sememangnya tidak menyangka si suami akan buat kejutan seperti itu, kerana Hafiz dikenali sebagai king of surprise dalam kalangan warganet. Setiap tahun, ada saja kejutan sweet yang diberikan tanpa pengetahuan isterinya itu.

Aina juga telah memuat naik video penuh kejutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga itu di Instagram peribadinya

"Untungnya seorang wanita dapat lelaki yang menghargainya dari zaman kenal sampai la zaman kahwin still tak berubah" - Warganet

Bagi mereka yang telah mengikuti cerita cinta Hafiz dan Aina sejak 8 tahun yang dulu, mereka memuji sikap Hafiz yang sentiasa menghargai isterinya dan tidak pernah berubah dari zaman mereka bercinta dulu sehinggalah berkahwin dan ada anak.

Hafiz dan Aina membuktikan mereka adalah pasangan yang sentiasa menunjukkan contoh baik dan memberi inspirasi buat semua orang supaya menerima pasangan seadanya dan saling menghargai antara satu sama lain.

Antara komen menarik daripada warganet di Instagram:

Memang sweet habis video mereka ni! Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga buat Hafiz dan Aina :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: