[VIDEO] Atuk Sado Jadi Popular Lepas Ajar Teknik 'Exercise', Ramai Nak Offer Jadi Isteri
Macam tak percaya umur dia 53 tahun!
Tak semua orang yang kekal menjaga bentuk badan dan kesihatan apabila umur meningkat tua
Apabila umur sudah masuk 50 ke atas, kebiasaannya kita sudah malas untuk bersenam dan tidak begitu menjaga pemakanan.
Tetapi, berbeza pula dengan seorang lelaki ini yang tular di laman sosial Twitter, apabila anaknya memuat naik video ketika dia sedang menunjukkan beberapa teknik exercise.
Lihat video penuh di bawah:
Ayah dah berumur 53 tahun dan juga merupakan professional personal fitness trainer
Menurut perkongsian anaknya, ayahnya yang bernama Azman Tang pernah memenangi Mr. Malaysia sebanyak 2 kali dan Mr. Penang sebanyak 7 kali. No wonder ayah dia masih fit dan awet muda, rupa-rupanya dia seorang body builder satu ketika dulu.
"Dia single. Dia handsome. Dia baik sangat. Setiap minggu dari Penang ke Kedah untuk tengok mak dia. Bawak moto sorang2 atas highway. Moga Allah sentiasa lindungi papa," kata anaknya.
Mentang-mentang ayahnya single, netizen pula offer nak jadi isteri
Susulan tularnya ciapan itu yang kini mendapat lebih 319,000 tontonan dan 11,000 tanda suka di Twitter, rata-rata netizen kagum dengan Azman Tang kerana masih kelihatan muda, handsome dan menjaga bentuk badannya walaupun sudah bergelar seorang atuk.
Ada juga yang bertanya kepada anaknya kenapa Azman Tang masih single, tidak kurang juga ada yang menawarkan diri untuk jadi ibu tiri kepada anaknya.
Antara komen menarik daripada netizen di Twitter: