Sanggup Tinggal Anak Bini Demi Gadis Baru Kenal, Wanita Ini Mohon Suami Lepaskan Cara Baik
Hancur hati seorang isteri :'(
Berbicara tentang ujian berumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap pasangan diuji dengan cara yang berbeza
Komunikasi adalah sangat penting dalam sebuah hubungan, lebih-lebih lagi jika pasangan itu sudah berkahwin.
Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri. Apa yang paling penting adalah suami isteri harus bertolak ansur dan bincang dengan baik jika berlaku masalah dalam rumah tangga.
Namun apakan daya kalau takdir menentukan segalanya. Baru-baru ini, tular di laman sosial Facebook apabila seorang wanita memuat naik posting menyayat hati di akaun milik peribadinya.
Di dalam posting tersebut, wanita bernama Nur Syazana itu kecewa dan sedih kerana rumah tangganya goyah gara-gara kehadiran orang ketiga.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Sanggup tinggalkan anak bini demi gadis yang baru kenal tak sampai dua bulan
Menerusi status dan gambar-gambar bukti tersebut, Nur Syazana berkata dia tidak sedih jika kehilangan suami tercinta, tetapi dia sedih kerana fikirkan anak-anaknya yang kehilangan seorang ayah.
Lebih menyedihkan, dia berkata sebelum itu dia telah mendapat petunjuk daripada Allah SWT melalui mimpi dan naluri sebagai seorang isteri dapat merasakan sesuatu yang tidak kena, sehinggalah dia jumpa semua bukti kukuh tentang kecurangan suaminya itu.
"Setelah segala petunjuk yang Allah cuba bagi melalui mimpi akhirnya semua terjawab. Aku bersedih bukan sebab kerana kehilangan seorang suami. Tetapi anak2 kehilangan seorang bapak. Cukup kuat aku tahan selepas apa yang aku nampak depan mata dengan segala bukti yang kukuh.
"Ya kita ada masalah tapi bukan bermaksud dalam masalah kita, kita perlu cari orang ketiga untuk selesaikan. Kalau aku sebagai seorang ibu kejam pisahkan anak dengan bapak bersebab, sebab aku takmau anak2 aku hidup dengan zina yang bapak dia buat. Maaf hati aku cukup hancur dengan apa yang aku kena kalini," katanya.
Mohon suami pulangkan dengan cara baik kalau tak mampu bagi kasih sayang pada dia dan anak-anak
Nur Syazana berkata lagi, dia kuat demi anak-anak dan berterima kasih kepada suaminya dan gadis itu kerana telah menghancurkan rumah tangganya yang dibina selama ini.
"Alhamdulillah Allah lebih sayang aku. Firasat seorang bini jauh la mana sekali pun dia akan rasa apa yang jadi. Aku kuat untuk anak2 depan mata aku, aku kuat untuk lihat anak2 besar depan mata aku. Terima kasih atas apa yang dah buat dekat aku. Harap puas hati hampa dua dengan apa yang jadi.
"PULANGKAN AKU DENGAN CARA BAIK KALAU TAK MAMPU NAK BAGI KASIH SAYANG , MAK ABAH AKU MASIH MAMPU SAYANGKAN AKU SAMPAI HUJUNG NYAWA," katanya.
Dihujani doa dan kata-kata semangat daripada netizen supaya tabah dengan dugaan dan kuat untuk teruskan kehidupan
Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan suami Nur Syazana dan menganggap lelaki itu tidak bersyukur kerana sudah ada isteri yang cantik dan anak-anak yang comel. Apa lagi yang dia mahu?
Mereka juga mendoakan supaya Nur Syazana terus kuat hadapi dugaan itu dan mendapat jodoh yang lebih baik kelak.
Antara komen daripada netizen di Facebook:
Semoga Nur Syazana terus tabah hadapi ujian berat ini dan dipermudahkan urusannya bersama anak-anak.