“Hantaran Dah Bagi RM13k” - Dapat Tunang Terlalu Demand, Lelaki Ini Rasa Dirinya Terbeban
Pening juga kalau sampai menyusahkan pasangan ni.
Dalam sesebuah majlis perkahwinan, sudah tentu ianya memerlukan bajet yang besar
Lebih-lebih lagi jika pasangan itu inginkan majlis perkahwinan yang 'grand' dan jumlah tetamu yang ramai, sudah pasti akan melibatkan wang yang banyak.
Tambahan pula, kebanyakan pasangan pengantin zaman sekarang mengikut trend menggunakan khidmat photographer dan videographer untuk buat pre-wedding, teaser dan sebagainya.
Namun, setiap pasangan perlulah ukur baju di badan sendiri dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. Jika tidak, ia akan menimbulkan salah faham dan ungkit-mengungkit di kemudian hari.
Bagi pasangan yang memahami satu sama lain mungkin tidak menjadi masalah, namun tidak bagi lelaki ini
Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter apabila sebuah akaun yang bernama @twtmalaywedding telah memuat naik perkongsian daripada seorang lelaki yang bakal berkahwin pada tahun depan.
Dia menceritakan masalah yang dihadapinya dan telah meminta pendapat daripada netizen di Twitter.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Buntu apabila bakal isteri terlalu demand dan memintanya untuk berkongsi semua perbelanjaan walaupun duit hantaran sudah diberi sebanyak RM13,000
Menerusi ciapan tersebut, bakal pengantin itu pening kerana tunangnya terlalu berbelanja besar untuk majlis perkahwinan mereka, sedangkan majlis itu hanya buat belah perempuan saja.
Lelaki itu sebolehnya inginkan majlis perkahwinan yang simple, jadi dia meminta pendapat netizen sama ada perlu atau tidak dia keluarkan lagi duit untuk pelamin yang berharga RM3,500 tersebut.
"Sebenarnya tahun depan aku nak kahwin tapi aku nak buat simple je jadi aku nak tanya perlu ke tak aku keluarkan duit untuk pelamin (RM3.5K tapi tunang aku minta share sorang RM1.5K).
"Duit photographer dengan duit kad kahwin pun aku kena bayar separuh jugak sedangkan aku dah bagi duit hantaran RM13K," katanya.
"Jangan sampai bebankan pasangan dan buat pasangan tawar hati sebab masalah gini je" - Netizen
Ciapan itu meraih perhatian ramai dan rata-rata netizen tidak setuju dengan cara bakal isteri lelaki itu yang terlalu demand dan mendesak.
Memandangkan majlis hanya buat sebelah pihak saja, seeloknya pihak perempuan yang kena tanggung semua kos perbelanjaan majlis kahwin itu. Melainkan pihak lelaki mampu untuk tolong dan berkongsi semua perbelanjaan.
Ada juga netizen yang berkata sekarang ini adalah zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi tidak perlulah terlalu membazir sehingga tempah pelamin harga RM3500.
Lebih-lebih lagi, fasa bertunang memerlukan tahap sabar yang tinggi kerana dua-dua masih darah manis dan hati mudah panas, macam-macam boleh jadi.
Antara pendapat netizen di Twitter:
Apa-apa pun, seeloknya berbincanglah dengan pasangan baik-baik. Semoga dipermudahkan urusan buat semua bakal pengantin di luar sana :)