[VIDEO] Nak Prank Ibu Lupa Wish Birthday, Tapi Wanita Ini Terkedu Bila Baca Status. Sebak!
Sedih tengok muka ibu dia :'(
Setiap tahun kita pasti teruja untuk menyambut hari lahir ahli keluarga tersayang, terutamanya hari lahir ibu dan ayah
Walaupun hanya sambutan kecil-kecilan dan hanya sekadar ucapan ringkas, pasti ibu ayah akan merasa seronok kerana anak-anak mengingati tarikh istimewa mereka.
Namun, hati siapa yang tidak terkilan apabila tibanya hari lahir dan tiada siapa pun dalam keluarga yang wish 'selamat hari jadi'.
Menerusi perkongsian di laman aplikasi TikTok, seorang wanita memuat naik video semasa hari jadi ibunya, di mana pada mulanya dia bercadang nak prank konon-konon lupa memberi ucapan ulang tahun. Namun, prank tersebut tidak menjadi apabila dia terbaca status ibunya di WhatsApp.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Tak jadi nak prank lepas baca status Whatsapp ibu
Akibat rasa serba salah, wanita yang mesra dipanggil Rozyana itu terus mengajak ibunya keluar untuk celebrate birthday. Tetapi, reaksi ibunya semasa mula-mula berjumpa dengan Rozyana hanya mendiamkan diri.
Menerusi video berdurasi 2 minit 35 saat itu, Rozyana cuba mengambil semula hati ibunya dengan makeup muka ibunya supaya nampak lebih berseri pada hari ulang tahunnya ke-48.
"Aku pujuk dia pastu aku suruh ibu pakai baju kurung sebab nak bawak belanja makan, tapi dia diam je. Tiba-tiba, dia datang dengan berbaju kurung pastu suruh aku makeupkan dia.
"So harini aku nak makeup simple look untuk ibu. Cantikkan ibu saya? Umur ibu saya dah 48 tahun. Saya sorang je anak perempuan, saya jelah kawan baik ibu. Sorry ibu sebab lambat wish," katanya.
Ibu Rozyana kembali senyum semasa mereka tiba di restoran untuk menyambut ulang tahunnya
Di akhir video tersebut, ibu Rozyana akhirnya mengukir senyuman apabila Rozyana membawanya ke restoran untuk menyambut hari jadi.
"Cantiknya ibu awak, menitis air mata tengok video ni" - Warganet
Susulan tularnya video itu yang sehingga kini meraih 231,500 tontonan dan dihujani lebih 2,800 komen daripada warganet, ramai yang memberi ucapan hari jadi kepada ibu Rozyana dan mereka memuji kecantikan ibunya yang nampak muda seperti kakak kepada Rozyana.
Ramai juga yang sebak melihat reaksi muka ibu Rozyana pada awal video kerana matanya yang sembab seperti baru lepas menangis, kemudian tersenyum semula di akhir video.
Antara komen menarik daripada warganet di TikTok: