seismik

"Lain Macam Skill" - Adik Beradik Sakan Main Ping Pong, Sekali Rupa-Rupanya Ada Plot Twist

Sumpah tak expect, haha.

Cover image via @dr.findriliasanvira (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ping pong merupakan salah satu permainan yang digemari ramai kerana ia agak santai berbanding sukan lain

Pemain cuma perlu memukul bola tersebut setelah ia melantun sekali di bahagiannya, dan mesti mengembalikannya supaya ia melantun di bahagian lawan.

Namun, tular sebuah video baru-baru ini memaparkan gelagat dua orang gadis bermain ping pong 'halimunan' telah mengundang tawa ramai.

Lihat video itu di bawah:

Bola ping pong tak nampak, rupa-rupanya member dekat belakang jadi prop

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dr.findriliasanvira, kelihatan dua gadis itu sedang fokus bermain ping pong di ruang tamu rumah mereka.

Apa yang mencuit hati adalah apabila bunyi bola ping pong di atas meja itu kedengaran kuat tetapi tidak kelihatan kelibatnya.

Pada hujung video, kelihatan seorang lagi gadis sedang makan sambil menepuk perutnya. Rupa-rupanya, dia membuat sound effect sendiri sepanjang permainan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.7M views, 176.2K likes dan 29K shares di laman TikTok

Manakala, rata-rata warganet turut terhibur dan tidak sangka dengan plot twist yang berlaku dalam video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Macam mana boleh dapat idea tu kak? Terhibur lah! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: