Pengantin Lelaki Menyanyi Dengan Datuk Awie Di Majlis, Suaranya Pula Buat Ramai Terpukau
Wow, saing-saing Datuk Awie lah suara dia. Power!
Siapa saja yang tidak mengenali penyanyi, pemuzik dan pelakon lagenda, Datuk Awie bukan?
Beliau terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Wings sejak tahun 1990-an lagi. Suaranya yang tiada tandingan masih mendapat tempat di hati para peminat sehingga sekarang.
Apatah lagi jika majlis perkahwinan kita diraikan oleh beliau sendiri, pasti bahagia hati si pengantin betul tak?
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang pengantin lelaki menyanyi bersama Datuk Awie di kenduri kahwinnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menyanyi lagu popular Datuk Awie, suara pula jadi tumpuan tetamu
Menerusi perkongsian video daripada @myramuzaffar_, kelihatan pengantin lelaki itu sedang menyanyikan lagu Ratuku yang dipopularkan oleh Datuk Awie.
Apa yang mencuri tumpuan adalah Datuk Awie menyuruhnya menyanyi seorang buat isteri tercintanya sambil diiringi oleh band di situ.
Malah, suaranya yang merdu juga membuatkan para tetamu terpukau. Datuk Awie juga seolah-olah seronok melihat pengantin lelaki itu selamba membawa lagu bernada tinggi tersebut dengan sangat baik.
"Pakej 2 in 1. Muka mcm Anuar Zain, suara mcm Awie. First time dengar orang nyanyi tinggi tak ada bingit langsung, sedap betul suara" - Netizen
Ikutan tularnya video itu, kini ia telah meraih 800.8K views, 49.4K likes dan 2.2K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengagumi suara pengantin lelaki itu yang sedap dan tidak bingit walaupun menyanyikan lagu tinggi.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!