Tutup Bisnes Serta Merta, Pekerja Kedai Serbaneka Ini Bengang Dibayar Gaji Hanya RM200
Bisnes itu ditutup tanpa sebarang notis.
Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai sebuah kedai serbaneka yang popular telah menganiaya pekerjanya
Bisnes Potboy Mart yang dibuka di pelbagai cawangan telah ditutup serta merta tanpa sebarang notis selepas pekerjanya bengang kerana hanya dibayar RM200 selama berkhidmat.
Lihat video itu di bawah:
Terasa dianiaya, pekerja bertindak menyerang kilang
Menerusi perkongsian @lishaaaa.13, kelihatan sekumpulan pekerja Potboy Mart menyerang kilang tersebut kerana tidak berpuas hati dengan gaji yang dibayar.
Namun, difahamkan bisnes kedai serbaneka itu ditutup tanpa memberikan sebarang notis kepada pekerjanya membuatkan mereka bertambah berang.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pendapat masing-masing mengenai isu tersebut
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 2.2M tontonan, 58.1K tanda suka serta 10.8 perkongsian di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet: