seismik

Video Bayi Palestin Tertawa Lepas Selamat Dari Serangan Udara Israel Ini Buat Ramai Sebak

Sebak pula tengok senyuman bayi tu.

Cover image via @Timesofgaza (X)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Angka korban rakyat Palestin di bumi Gaza kian bertambah atas konflik antara Israel dan Palestin

Kita sebagai rakyat Malaysia ini hanya mampu mengirimkan doa buat penduduk Palestin agar sentiasa dilindungi Allah SWT walaupun mereka diserang secara berterusan hari demi hari.

Bagaimanapun, sebuah rakaman baru-baru ini telah mengundang perhatian dan menyentuh hati warganet apabila seorang wartawan Palestin bermain bersama bayi yang terselamat daripada serangan udara tentera Israel.

Lihat video itu di bawah:

Senyuman buat ramai tersentuh dan memikirkan nasibnya pada masa depan

Menerusi perkongsian rakaman berdurasi 27 saat yang dimuat naik oleh @Timesofgaza, kelihatan wartawan tersebut sedang duduk di sebuah kawasan bersama bayi itu sambil bermain dengannya.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila melihat senyuman polos bayi tersebut kelihatan ceria dan tidak tahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.

Difahamkan, bayi itu baru saja terselamat daripada serangan udara tentera Israel. Turut dapat dilihat beberapa orang lagi penduduk yang terselamat berada di kawasan sama.

Sementara itu, komen warganet di laman X juga meluahkan rasa simpati terhadap bayi tersebut

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mencecah 2.7M views, 12K reposts dan 50.5K likes di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di X:

Kesian dekat bayi dan kanak-kanak di Palestin yang jadi mangsa peperangan ni. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: