seismik

Bau Hanyir & Bunyi Cakaran, Pemandu Lori Cerita Kisah Mistik Jumpa Pak Cik Di R&R Perasing

Seram! Meremang bulu roma dengar cerita dia.

Cover image via Harian Metro & Carousell

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, sesiapa saja yang pernah diganggu makhluk halus pasti akan trauma dan sering teringat semula akan insiden tersebut

Seperti yang biasa kita dengar, pemandu lori adalah antara golongan yang sering mengalami insiden seram kerana boleh dikatakan hampir setiap malam mereka menggunakan jalan raya.

Begitu juga dengan sebuah kisah yang dikongsi oleh seorang pemandu lori ini apabila dia diganggu ketika memandu seorang diri pada waktu malam.

Gambar sekadar hiasan.

Image via googleapis.com

Lori buat hal, tapi tetap teruskan perjalanan

Menurut sumber, pemandu lori yang bernama Mohd Afiq Adnan itu telah diganggu makhluk halus sewaktu memandu seorang diri baru-baru ini.

Kejadian berlaku pada 9 Oktober lalu di satu kawasan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing. Ketika itu, dia dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Temerloh, Pahang.

"Lori dipandu saya sudah meragam sejak di Kuala Terengganu lagi iaitu selepas diisi dengan muatan. Saya sudah hubungi 'tauke' (majikan) dan maklumkan keadaan lori dan dia minta saya meneruskan perjalanan.

"Jadi saya pun pandu dengan perlahan, sebelum sampai ke persimpangan Chukai, saya berhenti kerana kebetulan ada ruang parkir tetapi tak matikan enjin,"
katanya.

Image via Harian Metro

Datang seorang pak cik ajak borak, tapi tiba-tiba hilang dari pandangan

Tidak lama selepas itu, dia didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5. Lelaki itu datang secara tiba-tiba dari arah belakang, bertubuh kurus dan berusia dalam lingkungan 50-an.

"Mulanya dia agak ramah dan tanya macam-macam soalan seperti sudah berapa lama jadi pemandu lori tetapi gayanya macam tahu mengenai saya.

"Tapi saya layankan saja pak cik itu borak sampai dia beritahu di kawasan berkenaan pernah ada kes orang meninggal dunia dan tanya saya tak takut ke?

"Saya pun jawab saya tak takut kerana pandai juga berubat orang dan ketika itu, wajahnya berubah jadi macam nak marah. Pak cik itu kemudian terus hidupkan enjin motosikal dan berlalu pergi tanpa cakap apa-apa," katanya.

Selepas lelaki itu pergi, pemandu lori berkenaan terus naik ke atas lori yang belum dimatikan enjin dan mengekori dari belakang. Tetapi, selepas satu minit tiba-tiba pak cik itu hilang begitu saja.

Muncul pula bau hanyir dan cakaran atas bumbung lori

"Memang pelik kerana laluan itu adalah jalan lurus, tak masuk akal juga macam mana dia boleh hilang dan ketika sampai di (laluan) R&R Perasing, datang bau hanyir pula.

"Mulut saya pula laju saja 'menegur' kerana tak senang dengan bau itu. Tak sampai berapa saat, ada bunyi 'benda' mencakar dari atas bumbung lori.

"Lama juga saya dengar bunyi cakaran itu dan sampai di hentian Kuantan, saya berasa ada 'benda' pegang serta tarik kerusi yang saya duduk tapi saya teruskan perjalanan sampai ke destinasi dituju," ceritanya lagi.

Mohd Afiq berkata, itu pengalaman seram pertama yang dilaluinya sejak menjadi pemandu lori hampir enam bulan lalu. Boleh dikatakan, tujuh ke lapan kali dalam seminggu dia melalui jalan yang sama.

Lihat video yang dimuat naik menerusi laman TikToknya di bawah;

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: