seismik

Raih 1.8M Views, Gadis Kongsi Situasi Seram Entiti Menyerupai 'Ibu' Tenung Masa Masak Nasi

Meremang bulu roma weh!

Cover image via @tiyakamal2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebut saja tentang makhluk halus atau entiti misteri, pasti kita akan terbayang rupa mereka yang menyeramkan dan hodoh bukan?

Namun, kadangkala entiti ini juga boleh menyamar sebagai manusia biasa dan menyerupai orang yang kita kenali seperti ahli keluarga kita sendiri.

Situasi itu telah terjadi sendiri kepada seorang gadis ini apabila dia berkongsi detik seramnya dikacau oleh entiti yang menyerupai ibunya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nampak ibu duduk dekat ruang tamu pakai baju kelawar, sekali dapat panggilan telefon daripada mak sendiri

Menerusi video yang dikongsi oleh @tiyakamal2, kelihatan dia menceritakan kisah seram yang pernah terjadi kepadanya satu ketika dulu.

Satu hari, dia memberitahu bahawa ibunya telah memintanya untuk masak nasi sementara dia pulang ke rumah.

Namun, dia hairan selepas 10 minit tiba-tiba dia ternampak ibunya sudah berada di ruang tamu rumah tanpa berkata apa-apa.

Tetapi, dia tidak menghiraukan ibunya dan pantas ke dapur untuk memasak nasi. Apa yang lebih pelik, ibunya itu turut datang ke dapur dan berdiri di sebelahnya dengan pandangan yang mencurigakan.

Tidak lama kemudian, telefonnya tiba-tiba berbunyi dan apa yang membuatkan gadis itu terkejut adalah apabila ibunya menyuruh dia turun ke bawah untuk mengangkat barang.

Ketika itulah dia tersedar bahawa wanita yang berada di rumahnya itu sebenarnya jelmaan makhluk halus. 'Benda' itu sempat bertanya kepadanya "nak pergi mana tu? dah tahu ke?" membuatkan ramai yang seram mendengarnya.

"Adoi kalau aku tak dan lah nak sembang habaq pi kedai. Paling seram bila hantu dah tahu kita tahu benda tu hantu" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 1.8M views, 227.4K likes dan 11.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut merasa seram selepas mendengar cerita gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ish, sumpah seram! Korang pernah ada pengalaman macam ni tak? :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: