seismik

[VIDEO] Terkejut Tengok Kelibat Muka Sendiri 'Renung' Camera, Wanita Ini Bikin Ramai Seram

Muka dia jadi macam orang tua.

Cover image via @larraaida6977 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita sedia maklum, bukan manusia saja makhluk yang tinggal di muka bumi ini

Sebenarnya, makhluk halus juga banyak ada di sekeliling kita. Bezanya cuma ada manusia yang boleh nampak dan ada yang tidak boleh merasakan kehadiran 'mereka'.

Malah, makhluk halus ini juga boleh menyamar atau menyerupai wajah manusia. Mungkin nampak macam tak logik, tapi sebenarnya ia memang berlaku.

Seperti sebuah video yang tular di laman TikTok baru-baru apabila seorang wanita terkejut selepas berlaku satu insiden seram di air terjun Telaga Tujuh, Langkawi telah menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@larraaida6977

MENYERAMKAN..x akan p dah tempat ni…mungkin p dah dekat nak MAHGRIB##fyp##fyppp ##LANGKAWI ##ceolangkawi##tiktoktrending##tiktokviral

Ulek Mayang - Ella

Niat nak bergambar dekat tempat viral, sekali tak sangka muka sendiri jadi lain dalam kamera

Menerusi video yang dimuat naik oleh @larraaida6977, kelihatan wanita itu sedang berada di air terjun Telaga Tujuh, Langkawi.

Dipercayai, dia ingin bergambar dan merakam video keindahan tempat itu. Namun, dia tidak sangka sebaik saja dia bergambar di tangga viral itu, tiba-tiba terpampang mukanya di kamera seperti sedang merenung.

"Time ni dah nak Maghrib. Niat nak pi buat video keindahan Telaga Tujuh Langkawi, teringin nak pergi naik tangga nak menuju ke langit ke07 yang viral kat Langkawi baru-baru ni"

"Tak sangka bila balik tengok video ni terkejut, sedangkan aku pakai spek tu dah turun sampai ke bawah. Tukang ambik video pun terkejut, mai mana muka serupa aku di akhir video tu dok tengok dalam kamera," katanya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 4.2M views, 327.9K likes dan 27.9K shares di TikTok

Manakala, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut merasa seram selepas melihat muka wanita itu pada akhir video. Malah, ada juga yang berpendapat video itu hanya lakonan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa pendapat korang pula? Ada yang naik bulu roma tak lepas tengok part last tu? :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: