seismik

Ditahan Lelaki Pegang Senapang, Heliza Helmi Dedah Pengalaman Menyorok Dalam Liang Lahad

MashaAllah, pengalaman yang tak boleh dilupakan.

Cover image via SAYS Seismik

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konflik antara Israel dan Palestin telah berlangsung selama lebih 70 tahun ternyata meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam jiwa umat Islam

Saban hari, kita dikejutkan dengan berita kematian rakyat di bumi Gaza yang semakin meningkat. Malah, tahun ini merupakan serangan yang sangat dahsyat buat mereka kerana rejim Zionis nekad ingin menghapuskan kesemua penduduk di Palestin.

Disebabkan itu juga, ramai yang menjalankan misi bantuan buat Palestin dari segi wang ringgit, keperluan harian, makanan, bahan api dan perubatan ekoran beberapa buah hospital kini sudah lumpuh akibat serangan Israel.

Nekad ingin bantu rakyat Palestin, Heliza Helmi sempat cerita pengalaman menyorok di dalam liang lahad semasa misi bantuan di Syria

Image via Nona

Baru-baru ini, SAYS Seismik telah berpeluang menemu bual penyanyi, Heliza Helmi dan adiknya Hazwani Helmi berkenaan isu Palestin dan juga pengalaman mereka yang pernah menyorok di dalam liang lahad semasa misi bantuan di Syria pada tahun 2015.

"Waktu tu peperangan sangat dahsyat, beratus biji bom setiap hari. Lalu kami pergi ke kawasan Kafr Zita. Jadi bila kita masuk je ke Kafr Zita, alangkah terkejutnya tempat tu macam bandar berhantu. Memang keadaan yang sangat teruk, hanya beberapa buah keluarga saja yang tinggal dekat sana. Ketika kita nak mendekati dengan masyarakat di sana, tiba-tiba ada satu panggilan daripada walkie talkie.

"Malaysia Malaysia run run! Sebentar lagi akan ada peluru berpandu yang akan letupkan objek bergerak, dan objek bergerak itu adalah kami sebab waktu tu kami je yang ada di Kafr Zita.

"So dipendekkan cerita, kami masuk ke dalam van dan pada waktu itu, van dibawa secara zig zag. Kami pun tertanya apa yg sedang berlaku," katanya.

Sembunyi dalam liang lahad dan ditahan seorang lelaki bersenapang sebelum tempat itu dibom

Image via SAYS Seismik

Sambung Heliza lagi, rupa-rupanya ada dua serangan dari udara dan darat dengan sniper. Ketika itu, driver van tiba-tiba berhenti tepi pokok dan keluar daripada van itu.

"Dia cuba bersembunyi, jadi kami pun mengikutnya dan rupa-rupanya tempat persembunyian kami adalah kawasan yang memang lebar dan juga dalam yang dinamakan liang lahad. Situ je tempat yang ada. Dalam liang lahad tu memuatkan lebih kurang 4-5 orang.

"Macam-macam dalam fikiran. Tiba-tiba ketua misi datang dan suruh keluar dari kawasan tu secepat mungkin,"
katanya lagi.

Menurut Heliza lagi, mereka sempat bertemu dengan seorang lelaki bersenapang yang menahan van mereka sebelum menyuruh mereka beredar dari kawasan itu.

"Rupanya dia adalah pejuang agama Allah yang mempertahankan tanah Islam dan risau akan orang Malaysia. Beberapa minit kemudian tiba-tiba bom meletup. Kami pusing belakang, Wallahualam sama ada pejuang agama itu masih hidup atau pun tak tapi Allah meminjamkan beberapa minit untuk kami keluar daripada kawasan itu," katanya.

Image via SAYS Seismik

Pengalaman itu ternyata membuatkan Heliza bersyukur Allah masih panjangkan umurnya. Malah, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan perjuangan hingga titisan darah yang terakhir demi saudara Islam seluruh dunia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: