seismik

Wartawan Kantoi Berlakon Konon Diserang Hamas, Orang Awam Santai Je Berbasikal Di Belakang

Rileks je yang dekat belakang tu berbasikal ya.

Cover image via @DD_Geopolitics (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang wartawan wanita dari Romania yang membuat liputan konflik Hamas-Israel telah menjadi bualan netizen apabila dikatakan sedang 'berlakon' diserang pejuang Hamas

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman X, kelihatan wartawan itu sedang membuat liputan di sekitar kawasan Israel.

Apa yang menjadi kritikan orang ramai adalah apabila dia tiba-tiba meniarap seolah-olah diserang tentera Hamas.

Walhal, keadaan sekeliling menunjukkan orang ramai berjalan seperti biasa. Malah, ada yang siap berbasikal dan tidak menunjukkan tempat mereka sedang diserang.

Video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen
yang rata-ratanya terhibur dengan lakonan wartawan tersebut

Malah, ada yang menggelar wanita berkenaan sebagai 'drama queen' dan percubaannya untuk memperdayakan orang ramai sama sekali tidak berjaya.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih tontonan sebanyak 5 juta, 14.3K perkongsian dan 28.2K tanda suka di laman aplikasi X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen:

Lihat video itu di bawah:

Sia-sia je dia berlakon, sekali kantoi pula :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: