seismik

Label Crowd 'Zionis' & Larang Laungan "Allahuakbar", Penganjur Perhimpuan Dikecam Teruk!

"Tak faham nak jaga hati siapa" - Netizen.

Cover image via @ameydeen_ (X) , @FirdausAzil (X) , @frfaizz (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ekoran konflik Israel-Palestin yang masih belum ada bayang pengakhirannya, banyak negara sudah semakin lantang menunjukkan solidariti buat rakyat Palestin

Antara negara besar seperti Iran, Rusia, Colombia, Indonesia, Ireland, Australia, Korea Selatan, Pakistan dan lain-lain lagi menunjukkan sokongan penuh pada Palestin.

Malaysia juga tidak terkecuali mengadakan perhimpunan solidariti baru-baru ini yang melibatkan ribuan rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Viva Palestina Malaysia dan MyCARE merupakan penganjur utama dalam perhimpunan tersebut. Walau bagaimanapun, tular isu tentang tindakan salah seorang penganjur menghalang laungan Allahuakbar serta merampas sepanduk wajah Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu telah mengundang kemarahan orang ramai.

Sepanduk kutuk Benjamin Netanyahu kena rampas, kecewa dengan beberapa individu yang berperangai seperti Zionis?

Menerusi beberapa ciapan yang tular di laman aplikasi X, kelihatan orang ramai tidak berpuas hati dan bengang dengan sikap penganjur Viva Palestina iaitu Dr Musa Nordin yang dianggap tidak wajar.

Beliau dikatakan memberi amaran agar rakyat tidak melaungkan 'Allahuakbar' semasa perhimpunan solidariti itu. Malah, beberapa sepanduk yang mengutuk Benjami Netanyahu sebagai pembunuh dan war criminal juga telah dirampas oleh pihak penganjur.

Menurut salah seorang pengguna X yang bernama @ameydeen_, alasan tindakan itu adalah kerana himpunan tersebut merupakan himpunan kemanusiaan yang melibatkan non-muslim.

Selain itu, penganjur juga menerima kecaman hebat daripada mereka yang hadir ke perhimpunan solidariti berkenaan, kerana ada yang berpendapat pelaksanaan perhimpunan tersebut lemah dan ibarat perhimpunan hari Isnin di sekolah

Malah, ada juga yang mendakwa sewaktu perhimpunan tersebut, beberapa baris lagu “Bila Rindu” nyanyian kumpulan Ruffedge turut dinyanyikan seolah-olah tidak serius dengan tujuan utama perhimpunan tersebut.

Susulan itu, seorang pengguna TikTok yang juga menghadiri perhimpunan tersebut telah memuat naik satu video yang menceritakan kejadian siang tadi

Tonton video tersebut di bawah sampai habis:

Apa pendapat korang?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: