Kementerian Kesihatan Gaza Sahkan Empat Hospital Kini Lumpuh, Bantuan Segera Diperlukan!
Difahamkan, empat hospital itu lumpuh ekoran menjadi sasaran langsung serangan udara Israel.
Ekoran serangan udara berterusan daripada Israel, Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan empat hospital di wilayah itu habis lumpuh
Menurut sumber, empat hospital itu adalah Beit Hanoun, Al-Durra, Al-Karama dan Hospital Antarabangsa Al-Oyoun.
Kementerian itu berkata hospital tidak lagi mempunyai bekalan perubatan dan bahan api. Malah, sebarang kelewatan dalam penghantaran bekalan perubatan ke hospital di Semenanjung Gaza akan menyebabkan lebih ramai pesakit yang cedera meninggal dunia.
Gesa komuniti antarabangsa dan kumpulan kemanusiaan supaya menyegerakan kemasukan barangan perubatan kecemasan ke hospital di Semenanjung Gaza
Ia juga menyeru pihak berkuasa berkaitan supaya melindungi pasukan perubatan, hospital, ambulans dan tempat perlindungan penduduk yang dipaksa oleh penceroboh Israel meninggalkan rumah mereka.
Setakat ini, lebih 3,785 warga Palestin terbunuh manakala lebih 12,000 cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober.
Harap semua pihak dapat buka mata tentang isu ini dan semoga bantuan untuk rakyat Palestin disegerakan secepat mungkin.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!