seismik

Ramai Salah Faham Gara-Gara Buat Video Guna Bendera Israel, Baby Shima Tampil Buka Mulut

Plot twist.

Cover image via @babyshimaofficial (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konflik peperangan antara Israel dan Palestin nampaknya tidak surut-surut, malah rejim Zionis semakin mengganas dan membunuh ribuan rakyat di Gaza

Tindakan tentera Israel yang tidak berhati perut ternyata telah membuka ramai pihak. Rakyat di negara-negara lain mula menunjukkan solidariti, sokongan, doa dan perhimpunan mogok sebagai tanda menyokong Palestin dan mengharapkan mereka menang.

Rakyat Malaysia juga tidak terkecuali bersama-sama menggunakan media sosial sebagai platform utama untuk melakukan serangan siber terhadap Israel agar seluruh dunia melihat kekejaman mereka.

Namun begitu, lain pula yang terjadi baru-baru ini apabila penyanyi dangdut, Baby Shima dikecam netizen gara-gara menyampaikan mesej dengan membuat video menggunakan filter bendera Israel.

Ramai salah sangka ingatkan Baby Shima sokong Israel, rupa-rupanya ada mesej lain di hujung video

Menerusi video yang dimuat naik oleh Baby Shima, kelihatan dia menggunakan filter bendera Israel kononnya ingin menyokong Zionis itu.

Dia dilihat membuat simbol mini love pada awalnya, namun pada akhir video tersebut, Baby Shima menumbuk dan memijak kamera telefonnya tanda ingin menyampaikan mesej di sebaliknya.

Sementara itu, ada dalam kalangan pengikut memahami maksud yang ingin disampaikan. Tetapi, ada juga yang tidak bersetuju kerana menganggap tindakan yang dibuat dirasakan tidak kena.

Walau bagaimanapun, Baby Shima telah memuat naik IG story dan tampil bersuara tentang tindakannya itu.

"Ini dipanggil strategy socmed. Nasib baik aku tengok sampai habis, baru nak maki" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut, kini ia telah meraih 1M views, 35.5K likes dan 2K comments di laman Instagram.

Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati ada netizen yang faham akan maksud tersirat video tersebut. Ada juga yang mengatakan apa yang dibuat oleh Baby Shima itu merupakan salah satu strategi media sosial untuk menghancurkan Israel.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Instagram:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: