seismik

Hanya Ada Bateri Kereta Jadi Bekalan Elektrik Untuk Cas Telefon Bimbit Di Gaza

Diaorang masih boleh tersenyum. Subhanallah, memang kuat!

Cover image via @malaysiagazette (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keadaan penduduk di bumi Gaza dilihat sudah semakin getir ketiadaan bekalan elektrik, makanan, dan perubatan

Namun begitu, senyuman masih terukir di wajah mereka menandakan rakyat di Palestin sememangnya mempunyai semangat jihad yang sangat kuat.

Seperti mana yang kita tahu, ada juga rakyat Malaysia yang menetap di sana dan turut menjadi mangsa serangan Israel.

Terkini, salah seorang warga Malaysia iaitu Dr Nurul Ain berkongsi situasi mereka terpaksa menggunakan bateri kereta untuk mengecas telefon bimbit masing-masing.

Meskipun ramai sudah kehilangan ahli keluarga, mereka masih mampu tersenyum dan berborak dengan orang sekeliling

Menerusi klip berdurasi 33 saat itu, kelihatan Dr Nurul Ain berada di sebuah kaki lima bangunan untuk berkongsi keadaan semasa mereka di sana.

Disebabkan bekalan elektrik diputuskan oleh rejim Zionis, rakyat di bumi Gaza terpaksa bergantung kepada bateri kereta untuk mengecas telefon bimbit mereka.

Hanya itu saja cara yang dapat digunakan buat sementara waktu agar mereka dapat berhubung dengan ahli keluarga yang sudah terpisah serta memuat naik update terkini di media sosial.

"Ya Allah Dr Nurul Ain...Dalam keadaan yang getir macam ni pun masih boleh senyum lagi. Walau suara doktor bergetar tapi tetap redha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 348.8K tontonan dan 1.9K perkongsian di laman TikTok. Netizen di Malaysia turut mendoakan supaya Dr Nurul Ain dan rakyat Palestin yang masih selamat sentiasa dilindungi Allah SWT.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@malaysiagazette

Rakyat Malaysia di Gaza (Nurul Ain) berkongsi situasi warga gaza mengecas telefon, powerbank menggunakan bateri kereta. Doakan penduduk Gaza. Video: Nurul Ain #malaysiagazette #mgnews #nurulaingaza #wargagaza #rakyatgaza #palestine

Emotional Cinematic Sad Violin and Piano - ISAo

Semoga mereka semua terselamat dan kami di sini sentiasa mendoakan kemenangan saudara Islam di Palestin. Amin!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: