seismik

[VIDEO] Ditanya Kenapa Tak Sokong Palestin, Jawapan Gadis Ini Undang Kecaman Warganet

"Terpaling sejarah" - Warganet.

Cover image via @ciraplaici (X) & mStar

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Serangan Israel terhadap Palestin sememangnya sudah melampau dan membuatkan rakyat di negara lain hilang sabar

Terkini, sebuah hospital di Palestin telah dibom sehingga mengorbankan lebih 900 nyawa. Serangan itu dipercayai berlaku pada tengah malam tadi ketika penduduk Palestin sedang nyenyak tidur dan berteduh di sana.

Seperti mana yang kita tahu, sebanyak lebih 5,000 unit rumah musnah akibat dibom oleh rejim zionis. Rakyat di bumi Gaza terpaksa mencari tempat yang selamat untuk berteduh, meskipun hakikatnya hampir kesemua kawasan sudah tidak selamat lagi.

Image via mStar

Tular pula sebuah video memaparkan seorang gadis menjawab kenapa tak sokong Palestin

Semua umat Islam kini berperang habis-habisan melalui media sosial dengan melakukan serangan cyber terhadap Israel selain menitipkan doa yang tidak putus-putus buat saudara di Palestin.

Namun begitu, masih ada segelintir individu yang bersikap neutral kononnya tidak mahu menyokong Palestin mahupun Israel kerana alasan yang tidak munasabah.

Sebuah rakaman berdurasi 15 saat menunjukkan seorang gadis di TikTok menjawab kenapa tidak menyokong Palestin telah mengundang kecaman ramai.

Image via @ciraplaici (X)
Image via @ciraplaici (X)

"Kat sekolah belajar sejarah Malaysia ke sejarah Israel sampai benak ubi kayu dia ni?" - Warganet

Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh pengguna bernama @ciraplaici, kelihatan gadis itu menjawab soalan yang diajukan oleh followersnya tentang mengapa dia tidak menyokong Palestin.

Apa yang membuatkan ramai naik bengang adalah apabila dia menjawab "tak support mana-mana sebab kita tahu sejarah mereka dik".

Malah, dia siap membuat tarian merepek dengan muka yang menyebalkan. Tindakannya itu ternyata mendatangkan amarah warganet. Difahamkan, video di laman TikToknya itu kini telah dipadam selepas dikecam teruk.

Susulan tularnya ciapan tersebut, rata-rata warganet turut meluahkan rasa geram dan memberikan respon selepas melihat gelagat gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di laman X:

Lihat video penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: