[GEMPAR] Lebih 500 Orang Terkorban Di Hospital Gaza Selepas Diserang Rejim Zionis
Allahuakbar :(
Lebih 500 nyawa yang terkorban di Gaza selepas difahami dibom oleh Israel melalui serangan udara
Letupan itu adalah insiden paling berdarah di Gaza sejak Israel melancarkan kempen pengeboman tanpa henti terhadap Palestin.
Menurut Hamas, kebanyakan mangsa yang terkorban adalah dalam kalangan orang awam yang melarikan diri untuk mencari perlindungan daripada pengeboman, doktor, pesakit dan kakitangan perubatan.
Walaupun Israel mendakwa pelancaran roket yang gagal menyasarkan lokasi pejuang Hamas, ia menolak bahawa serangan itu disasarkan ke hospital.
Akan tetapi, pihak berkuasa Palestin menggambarkan tindakan Israel sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari berkata, masih tiada butiran tentang kematian di hospital.
"Kami akan mendapatkan butiran dan mengemas kini orang ramai. Saya tidak tahu untuk menyatakan sama ada ia adalah serangan udara Israel," katanya.
Tambahan lagi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan itu dan meminta perlindungan serta penjagaan kesihatan segera di kawasan Palestin.
Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketua pengarah agensi kesihatan PBB, menyatakan di laman sosial X, "WHO mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Hospital Al Ahli Arab."
Pada hari kesebelas serangan terbaharu, jumlah korban rakyat Palestin terus meningkat, menjangkau kepada 3,000.
Kenyataan media sekumpulan doktor di longgokan mayat
Dalam satu laporan lain, sekumpulan doktor telah membuat kenyataan media mengenai insiden tragik ini dalam keadaan dikelilingi lambakan mayat mangsa pengeboman tersebut.
Gambar tersebut telah mendapat reaksi pelbagai penduduk dunia yang rata-ratanya sedih dan terkesan dengan keadaan di sana.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!