Khairul Aming Sumbang RM100,000 Kepada Rakyat Palestin Hasil Jualan Sambal Nyet
Baik betul hati Khairul Aming ni.
Tular baru-baru ini, Khairul Aming tampil di media sosial memberi kenyataan untuk membantu Palestin
Menerusi laman media sosial rasminya di TikTok, Khairul Aming memberitahu dia akan menyalurkan bantuan dari segi makanan, pakaian, bahan api, dan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk rakyat Palestin di sana.
Jelas beliau lagi, dia ingin menyalurkan jumlah dana sebanyak RM100,000 kepada tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) yang dipimpin oleh saudara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Lihat video penuh di bawah:
Sumbangan tersebut atas hasil sokongan rakyat Malaysia terhadap produknya, Sambal Nyet
“Buat masa sekarang dah RM6 juta lebih terkumpul. Tak lama lagi bumi Gaza akan masuk musim sejuk. Jadi jom kita ajak ramai-ramai untuk penuhkan tabung ini,” katanya pada hantaran dimuat naik hari ini.
“Jadi marilah kita ajak ramai-ramai untuk penuhkan tabung ini anda semua boleh mencari cara untuk menderma di semua bio profil media sosial saya," katanya.
Khairul Aming juga berpesan, jangan risau jika tidak dapat untuk memberi bantuan dari segi wang ringgit tetapi selalu berdoa untuk saudara Islam kita di sana. Semoga perjuangan saudara kita di sana dipermudahkan.
"Dia ni memang role model" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 871.2k tontonan, 114.7k tanda suka dan 1k komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!