McDonald's Malaysia 100% Entiti Milik Muslim, Tiada Kaitan Dengan Francais Di Israel
Sebagai rekod, McDonald's Malaysia ialah milik Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd sejak tahun 2017.
Tular di media sosial baru-baru ini apabila ramai yang mendakwa McDonald's Malaysia adalah milik Israel
Walau bagaimanapun, syarikat makanan segera terkemuka itu tampil membuat penjelasan bahawa tindakan McDonald’s Israel menyumbang makanan kepada tentera Zionis adalah bersifat peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan pihaknya.
Menurut McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd), tindakan itu adalah pasaran bebas dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat pengendali restoran makanan segera tempatan itu.
Lihat posting di bawah:
McDonald's Malaysia tampil beri penjelasan mengenai isu yang timbul
Begitupun, McDonald's Malaysia, kini tampil memberi penjelasan terhadap beberapa isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak terhadap syarikat mereka.
"Keputusan unilateral yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald's secara global.
"Tindakan pengendali McDonald's di Israel menjadi contoh tindakan individu tersebut dan ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain," kata McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan yang dikongsi di akaun media sosial, pada Ahad.
McDonald's Malaysia turut memaklumkan bahawa syarikat itu adalah sebuah syarikat operasi tempatan, dan sejak pengambilalihannya oleh Lionhorn Pte. Ltd. di bawah syarikat Reza Group dari Arab Saudi pada tahun 2017.
Sejak itu, McDonald's Malaysia telah menyumbangkan pembayaran zakat dan terus melakukannya setiap tahun.
"Sehingga 2023, kami telah menyumbang lebih RM12 juta dalam pembayaran zakat ke 14 negeri di seluruh Malaysia dan menyokong komuniti yang kurang berkemampuan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!