seismik

Nenek Berusia 104 Tahun Ini Dinobatkan 'Skydiver Tertua' Sebelum Meninggal Dunia

Usia bukan penghalang untuk melakukan sesuatu aktiviti.

Cover image via @skydivechicago (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, semua orang mempunyai impian tersendiri untuk dicapai

Impian dapat memberikan kita harapan dan semangat untuk terus hidup dan menjadi alasan untuk kita bangun setiap pagi dengan lebih bersemangat.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah kerana dapat mencapai impiannya

Warga emas tersebut ingin mencapai impiannya untuk mendapatkan gelaran penerjun tertua di dunia sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Menurut laporan, (UNILAD) Dorothy Hoffner, 104 yang berasal dari Amerika Syarikat telah meninggal dunia pada hari Ahad, 8 Oktober baru baru-ini di rumah Orang Tua di Brookdale Lake View.

Mendiang sempat menunaikan impiannya dengan mendapatkan perkhidmatan melalui Skydive Chicago.

Mendiang juga dilaporkan terjun daripada ketinggian 13,500 kaki daripada pesawat di utara Illinios dan berada di ruang udara selama tujuh minit sambil menikmati pemandangan yang indah sebelum mendarat.

Setelah mendarat, bibirnya tidak berhenti mengukir senyuman sebagai tanda teruja dan gembira melakukan aktiviti sukan esktrem tersebut.

Tetapi apa yang lebih menarik apabila warga emas tersebut sempat melihat dirinya diiktiraf dalam Guinness Book of World Records sebagai penerjun tertua di dunia. Malangnya, mendiang tidak sempat menyaksikan sendiri rekod tersebut kerana telah meninggal dunia terlebih dahulu.

”Jadi, apa kaitan antara umur dengan apa yang anda mahu lakukan? Saya berusia 104 tahun, tidak ada masalah apa-apa pun,” komen Dorothy ketika itu.

Untuk pengetahuan, mendiang bakal menyambut hari lahirnya ke-105 pada Disember ini. Sebelum pemergiannya, mendiang ada menzahirkan hasrat untuk menyambut hari lahir tersebut dengan menaiki belon udara panas.

"Dia melihat langit dan menganggap ia adalah tempat yang bagus untuk berehat seketika. Berehatlah dengan damai." - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di Instagram, sehingga kini ia telah meraih 89.1K views, 3,772 likes dan 158 comments di Instagram, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Komen yang diberikan netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut adalah antara komen-komen netizen:

Saksikan video mendiang melakukan aksi skydiving di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: