seismik

Pak Cik Ini Tetap Semangat Bekerja Meski Ada Penyakit 'Parkinson' Sentuh Hati Orang Ramai

Demi mencari rezeki untuk hidup.

Cover image via @zupzappp (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, e-hailing boleh menjadi salah satu pekerjaan yang dapat membantu orang ramai untuk mencari rezeki tidak kira dalam apa jua keadaan.

Tular baru-baru ini di posting TikTok memaparkan seorang pak cik yang masih bekerja walaupun dia mempunyai penyakit Parkinson. Pak cik tersebut masih mampu untuk memandu kereta untuk menghantar penumpangnya ke destinasi.

Lihat video penuh di bawah:

Walaupun sudah berusia dan sakit, dia tetap semangat bekerja

Menerusi video berkenaan, memaparkan seorang pak cik yang tetap semangat mahu memandu kereta walaupun tangannya terketar-ketar.

Semangat yang ada pada pak cik tersebut yang dalam perjalanan menghantar penumpangnya menyayat hati orang ramai apabila melihat video itu.

Hidup perlu diteruskan demi kelangsungan kehidupan walaupun ada perkara yang menghalang untuk mencari sesuap nasi.

"Pak cik, sihat-sihat selalu ya"- Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M views, 4K reposts dan 123.8K likes di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga pak cik dilimpahi rezeki yang mewah :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: