[VIDEO] Tangkas & Lincah Main Badminton, Skil Budak Lelaki Ini Raih Perhatian Netizen
Kecil cili padi je tapi padu!
Kebiasaannya, budak kecil lebih gemar melakukan aktiviti mereka sendiri
Sesetengah kanak-kanak suka duduk di rumah menonton rancangan kartun atau pergi ke taman permainan untuk bermain gelongsor atau buaian kerana ia menyeronokkan bagi mereka.
Baru-baru ini, tular video di TikTok yang menunjukkan budak kecil tangkas bermain badminton tanpa rasa kekok telah mencuri tumpuan.
Lihat video tersebut di bawah:
Kecil-kecil sudah ada bakat bermain badminton
Menerusi video berkenaan, budak kecil tersebut sedang beraksi di gelanggang badminton.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak kecil itu kelihatan tangkas dan cekap bermain badminton.
Malah, lebih tidak percaya lagi adalah apabila ketangkasan budak kecil itu hanya berusia 5 tahun sehingga mendapat perhatian ramai.
"Budak ni lagi pro daripada aku"- Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 609.9K views, 5K reposts dan 33.5K likes di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!