Tak Sengaja Hamilkan Seorang Wanita, Hati Isteri Ini Remuk Bila Dengar Pengakuan Si Suami
Suami isteri tersebut telah berkahwin selama lima tahun.
Dalam setiap rumah tangga, sudah pasti ada pasang surutnya
Iyalah, bukan setiap masa kita boleh bertolak ansur, saling faham-memahami antara satu sama lain. Kesabaran seseorang manusia juga ada batasnya dan pantang dicabar dengan perkara yang mengecewakan.
Baru-baru ini, tular sebuah posting mengenai confession di laman X yang memaparkan tangkap layar perbualan seorang wanita meluahkan perasaan sedihnya.
Lihat posting itu di bawah:
Suami buat pengakuan hamilkan perempuan lain
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang wanita meluahkan perasaan sedihnya melalui platform confession di laman X.
Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila wanita itu meluahkan suaminya telah menghamilkan seorang wanita lain. Suaminya dan wanita itu telah merahsiakan hubungan mereka selama setahun.
Wanita itu juga berkongsi dia dan suaminya telah berkahwin selama lima tahun. Pada tahun keempat, si isteri telah menerima tawaran menjadi seorang guru dan perlu hadiri latihan selama sebulan. Mulai itu, hubungan suaminya bersama wanita lain terjadi.
Tambahan lagi, wanita itu juga merasa kecewa apabila dia gagal memberikan zuriat kepada lelaki itu. Dia sering menganggap bahawa ketiadaan zuriat merupakan kesalahannya.
"Semoga Allah hadirkan kekuatan untukmu, dan diberikan jalan penyelesaian yang baik" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 79K views, 300 reposts dan 600 likes di laman X, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!