seismik

Tayang Duit Sambil Rekod Diri Sendiri Masa Solat, Ramai Persoalkan Apa Motif Sebenar

Haih, apa lah niat sebenar dia?

Cover image via @mynewshub (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tak gembira dan bersyukur apabila dikurniakan rezeki yang melimpah ruah?

Tidak dinafikan, kita perlu bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan. Namun begitu, kita tidak digalakkan untuk menunjuk-nunjuk pada masa yang sama. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki sujud sambil menayangkan wang ringgitnya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Sujud syukur sambil tayang duit ribu-ribu

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki merakam dirinya sedang solat sambil bersujud di atas sejadah.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila lelaki itu menunjukkan duit yang beribu-ribu di sebelahnya semasa dia solat dan sujud itu. Tindakannya membuatkan ramai yang mempersoalkan kenapa lelaki itu berbuat sedemikian. 

“Kalau ye pun nak tunjuk bang, book lah hotel gah sikit. Bilik rupa bilik Rohingya” - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 492K views, 1K reposts dan 1K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twiter:

Apalah perasaan dia rekod diri sendiri eh?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: