seismik

[VIDEO] Penunggang Kawal Gajah Guna Sabit, Ramai Kesian Tengok Haiwan Ini Diseksa

Naik gajah pun dah kesian.

Cover image via @tataehyung32 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Negara Thailand memang dikenali dengan haiwan utama mereka iaitu gajah

Pelancong yang pergi ke situ sememangnya akan melawat kawasan gajah. Ada yang siap menaiki gajah tetapi ramai digalakkan untuk mengelak perbuatan itu kerana kasihan pada badan gajah. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang penunggang menyeksa gajah telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah: 

@tataehyung32

Kalau nampak haiwan buat kerja manusia, jangan support

suara asli - DENII - DENII

Selamba kawal pergerakan gajah guna sabit

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pengawal menunggang di atas badan gajah sambil mengarahkan gajah itu. 

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila gajah itu dikawal menggunakan sabit yang tajam. Ramai kesiankan gajah itu diseksa dan dera sebegitu semata-mata untuk membawa pelancong. 

Pernah tular sebelum ini, seekor gajah cacat kekal kerana telah membawa pelancong di Thailand selama 25 tahun. Oleh sebab itu, ramai digalakkan untuk elakkan aktiviti menunggang gajah. 

"Sesiapa nak pergi Thailand jangan lah naik gajah tu, kesian sangat-sangat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 86K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesiannya tengok gajah tu, tak sanggup tengok kena seksa macam tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: