[VIDEO] Lelaki Bengang & Geram Dengan Buyers Selamba Main Review Produk Ini Relatable
Korang setuju tak?
Zaman sekarang, semua orang lebih suka berbelanja secara dalam talian
Ia bukan saja menjimatkan masa, harga barangan dalam talian juga jauh lebih murah. Kebiasaannya, kita sering membeli barangan di aplikasi Shopee, Lazada, Zalora dan pelbagai lagi kedai e-dagang yang lain.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki tidak puas hati dengan buyers lain yang selamba main review produk setelah membeli telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pesan suruh review barang yang dibeli, bukan main komen saja benda yang tak berkaitan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap pembeli secara dalam talian.
Kebiasaannya, kita perlu meninggalkan review berserta gambar atau video selepas mendapat barang yang dibeli. Namun, ramai dilihat main selamba review barang yang tidak berkaitan.
Malah, lelaki itu juga mengatakan bahawa ramai suka review plastik courier daripada produk yang dibeli.
"Boleh tak kalau beli barang online, kau review elok-elok boleh tak? Kalau kau beli baju, kau review bajulah. Bukan yang plastik postage tu, pakai baju ambil gambar, ataupun komen baju kain tebal sama macam dalam gambar, warna sama"
"Kalau beli kasut, test ok size ngam, material cantik, ringan sedap pakai. Bukannya ambil gambar telinga kau, ambil gambar meja tempat kerja, kau faham tak apa itu review?"
"Kalau beli seluar, pakai di kaki tu ambil gambar. Selesa kain sedap. Bukan ambil gambar plastik komen barang dah sampai, thankyou cepat sangat. Kau ni review barang ke review courier? Aku tak faham lah," katanya.
Dia juga menasihati kepada penjual supaya membalas komen negatif dengan cara yang baik. Tambahan lagi, dia juga tidak berpuas hati kerana seluar yang dibeli sangat nipis dan panas dipakai.
"Brother ni mewakili semua rakyat Malaysia" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 305K tanda suka dan 14K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!