[VIDEO] Pakai Shawl Trendy, Nenek Bergaya Pergi Kenduri Kahwin Ini Raih Bualan Ramai
Peh, stail lah nek!
Sebagai seorang wanita, sudah tentu kita suka berhias jika nak keluar rumah
Tambahan lagi, kalau ada majlis perkahwinan yang perlu dihadiri. Kita akan bersiap lebih extra dan cantik.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang nenek dilihat bergaya dengan belitan tudungnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nenek pakai shawl macam gaya anak muda
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menghadiri majlis perkahwinan di sebuah lokasi yang tidak dikenal pasti.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang nenek dilihat sangat bergaya. Dia menggayakan tudung shawl yang trendy seperti anak muda. Penampilan nenek itu masih tetap cantik walaupun berumur sehingga membuatkan ramai kagum.
"Nenek ini lagi pandai style tudung dari aku yang pergi mana-mana pakai shawl malas" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5M tontonan, 660K tanda suka dan 16K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!