seismik

[VIDEO] Scan Terus Dapat Gambar Atas Pelamin, Ramai Puji Cara Kreatif Photographer Ini

Tak payah tunggu lama-lama.

Cover image via @bagusjepret (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Setiap majlis perkahwinan sudah tentu akan ada jurugambar yang merakam momen di acara tersebut

Jurugambar itu diupah untuk mengambil foto dan video pengantin dan keluarga. Tidak dinafikan ada juga keluarga dan rakan-rakan yang datang memeriahkan majlis ingin bergambar dengan pengantin. Kebiasaannya, kita akan menggunakan telefon sendiri untuk mengambil gambar. 

Namun, lain pula yang tular baru-baru ini apabila pengantin mengupah jurugambar yang kreatif  telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tetamu boleh dapatkan gambar dengan cara scan code

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah majlis persandingan sedang berlangsung di sebuah dewan yang tidak dikenal pasti.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila jurugambar yang diupah sangat kreatif. Kebiasaannya keluarga dan tetamu perlu menunggu gambar daripada jurugambar setelah majlis selesai.

Tetapi, jurugambar itu siap menyediakan kod untuk diimbas tetamu dan keluarga supaya boleh memuat turun gambar yang baru saja ditangkap di atas pelamin.

“Mari lah Malaysia bang, ambil job. Sini belum sampai tahap macam ni lagi. Huhu” - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 280K tontonan, 13K tanda suka dan 176 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Another level, harap-harap Malaysia ada servis macam ni juga!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: