Nak Simpan Duit Untuk Ibu, Budak 7 Tahun Bawa Biskut Ke Sekolah Ini Buat Ramai Tersentuh
Siapa potong bawang ni?
Budak sekolah sudah pasti akan dibekalkan duit saku untuk berbelanja di sekolah semasa rehat
Namun, ada juga yang membawa bekal disediakan oleh ibu kerana lebih mudah dan jimat masa.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak terpaksa menyimpan duit yang ada telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bawa biskut pergi ke sekolah sebab nak simpan duit
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak yang berumur tujuh tahun itu sedang menyiapkan dirinya untuk ke sekolah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si ibu perasan yang anaknya menyorokkan sesuatu ke dalam beg. Apabila ditanya, rupa-rupanya anaknya membawa biskut keping ke sekolah.
Budak itu kemudiannya memberitahu bahawa dia ingin menyimpan duit yang ada untuk meringankan beban ibunya.
"Alahai kenapa saya menitik air mata, matang betul permikiran si kecik ni. Semoga menjadi anak yang soleh dan bijaksana dan menjaga ibu dengan baik, Amin." - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 168K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!