seismik

[VIDEO] Berselera Makan Nasi Kandar, Sekali Lain Pula Yang Jadi Bila Tengok Lengan Pekedai

Extra flavour, tu yang mahal!

Cover image via @danialazmii (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, memang ramai yang suka dan gemarkan Nasi Kandar

Nasi Kandar kebiasaannya dihidangkan dengan nasi putih bersama pelbagai lauk pilihan. Tak dilupakan juga, kuah yang bercampur sehingga banjir. 

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang individu pergi ke kedai untuk makan Nasi Kandar telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@danialazmii

Air lengan lagi padu dari air tangan. Penggemar nasi kandar boleh try dkt Nasi Kandar Bendi KL #nasikandar

suara asli - BOBACIOT - ᴶᴬᴳᴼᴬᴺ

'Air tangan' menjadi 'air lengan'

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang individu sedang berada di sebuah kedai Nasi Kandar di Kuala Lumpur.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pekedai itu dilihat mengambil pesanan daripada si pelanggan ini, namun lengannya itu penuh dengan kuah.

"Air lengan lagi padu dari air tangan," tulisnya.

"Sampai ke lengan, kau amik air sembahyang ke?" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 490K tontonan, 7K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bak kata penggemar Nasi Kandar, lagi surrrr :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: