seismik

[VIDEO] Minum Jus Sayur & Buah Selama 100 Hari, Gadis Kongsi Jerawat Di Muka Makin Pudar

Tipsnya kena konsisten.

Cover image via @sisi_siregar8 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Sesetengah orang mempunyai kulit sensitif dan ia memang perlu penjagaan yang lebih teliti

Namun begitu, kulit yang mempunyai jerawat sememangnya susah untuk dirawat kerana kadangkala pedih dan sebagainya. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis minum jus buah dan sayuran selama 100 hari telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Jerawat di muka hilang lepas konsisten minum jus buah dan sayur

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis mencabar dirinya untuk minum jus buah-buahan dan sayur-sayuran selama 100 hari. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kulitnya terlihat banyak perubahan selepas mengamalkan minuman yang sihat. Dulunya yang banyak jerawat, sekarang dia sudah tidak lagi berjerawat dan mukanya sangat glowing. 

"Saya sudah 1 bulan minum jus tomato dan epal, alhamdulillah jerawat kurang muncul dan berat badan turun" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 13M tontonan, 733K tanda suka dan 11K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wah, nampak ketara perubahannya. Boleh cuba ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: