[VIDEO] Tak Dapat Minum Susu, Tindakan Leka Atuk Jaga Cucu Ini Buat Ramai Terhibur
Bayi tu pun reda je.
Memiliki bayi kecil sudah tentu akan memeriahkan lagi suasana di rumah
Tambahan lagi kalau bayi itu semakin membesar, banyak telatah mereka yang kita boleh lihat. Tangisan dan gelak tawa mereka telah menjadi peneman dan pelengkap hidup ibu dan ayah.
Bagi ibu dan ayah yang bekerja, mereka akan menghantar bayi di pusat jagaan atau taska. Namun, ada juga yang menghantar anak mereka ke rumah atuk dan neneknya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang atuk dilihat menjaga cucunya di rumah telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Atuk leka tengok TV sampai salah target susu dekat mulut
Menerusi video berkenaan, kelihatan atuk dan cucunya sedang berada di rumah sambil baring di depan TV.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila atuk ingin menyusukan cucunya namun botol susu tersebut tidak masuk ke dalam mulut pula. Lebih menarik perhatian lagi adalah apabila atuknya itu tidak perasan dan bayi tersebut juga diam tidak menangis.
"Ni kalau cakap kat atuk dia, mesti atuk dia cakap, kenapa tak cakap, budak ni pun diam je" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 194K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!