[VIDEO] Kena Jangkitan Mulut, Wanita Ini Kongsi Padah Try Lipstick Di Drugstore
Semua kena aware!
Wanita dengan kedai drugstore memang berpisah tiada
Tambahan lagi kalau drugstore membuat sale, memang ramai yang menyerbu untuk membeli kosmetik dan skincare.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang wanita dengan selambanya mencuba lipstick di bibir telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sangka kena jangkitan mulut lepas main try lipstick
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang mencuba gincu yang ingin dibeli di sebuah kedai drugstore.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebegitu kerana faktor kebersihan. Kadangkala ada orang yang berpenyakit mencuba lipstick tersebut dan boleh berjangkit ke orang lain.
Seperti yang dialami oleh wanita tersebut setelah mencuba lipstick, dia terkena jangkitan mulut.
"Dekat area tepi bibir. Mula mula gatal pastu tak lama jadi luka-luka kecil pastu merebak area bibir lain then bengkak, yang kena mesti akan rasa tak sihat nak demam and pening." katanya
Mujur sekarang, mulut wanita itu telah pulih dan kembali normal.
"Ramai yang aware, ramai juga yang tak kisah. Tak memasal dapat penyakit nanti" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 799K views, 3K reposts dan 3K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!