seismik

[VIDEO] Habis RM60 Buat Pelamin, Pasangan DIY Sendiri Untuk Majlis Tunang Ini Curi Tumpuan

Wah, kreatifnya.

Cover image via @notmedoh_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan yang ingin mengadakan majlis pertunangan sudah tentunya perlu mempunyai bajet mereka sendiri

Iyalah, bukan saja nak sewa pelamin, baju dan makanan perlu disediakan juga untuk tetamu yang datang pada hari tersebut. 

Baru-baru ini, tular sebuah pasangan membuat pelamin sendiri untuk majlis pertunangan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

DIY buat pelamin sendiri menelan kos RM60 saja

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan kekasih sedang berada di ruang tamu rumah untuk mengukur saiz pelamin mereka. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pasangan itu membuat inisiatif dengan membina pelamin sendiri. Mereka berkongsi membuat pelamin itu hanya dengan RM60 saja. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@notmedoh_

Replying to @Roselynna behind the scene, post buat kenangan

original sound - noll - noll

"Ini elok boleh berbincang, kami time nak bertunang dua dua api membara semangat waja" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 11M tontonan, 845K tanda suka dan 7K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaki masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bagusnya, dua-dua kreatif! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: