seismik

[VIDEO] Netizen Bitter & Kecam Wanita Kongsi Nak Cantik Kena Makan Burung Merpati Ini

Betul ke boleh cantik?

Cover image via @UnnaDelana (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Tidak dinafikan, sebagai seorang wanita sudah tentu ingin kelihatan sentiasa cantik

Ada yang mengamalkan skincare untuk menjaga kulit muka, namun ada juga menjaga kesihatan kulit melalui pemakanan seperti suplemen dan sebagainya. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang wanita berkongsi tentang amalan pemakanannya supaya menjadi cantik telah mencuri tumpuan.

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Ramai bitter dan kecam wanita makan burung merpati

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang wanita berkongsi rutin pemakanannya untuk menjadi cantik.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia makan burung merpati untuk menjaga kecantikan wajahnya. Difahamkan, burung merpati itu digoreng kunyit dan dimakan dengan nasi. Namun, tak sangka pula netizen bitter dan kecam wanita tersebut.

"Konsep dia sama mcm burung puyuh la. Kau pelihara. Ada juga kau sembelih ambil makankan. Sama la mcm burung merpati ni abah aku pelihara. Ada yg sembelih buat makan." kata wanita itu.

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Tips nak cantik paling real adalah dilahirkan cantik" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M views, 434 reposts dan 76 comments di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Hmm, rasa macam burung puyuh juga ke? :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: