[VIDEO] Siap Tunjuk Cara, Gelagat Ayah Ajak Bayi Meniarap Ini Cuit Hati Ramai
Comelnya dia ikut.
Memiliki anak dalam rumah tangga sudah pasti akan menceriakan suasana di rumah
Namun begitu, pasangan yang baru mendapat cahaya mata akan merasa kekok untuk menjaga bayi mereka yang baru lahir.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang ayah menunjukkan cara meniarap kepada bayinya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bayi berjaya teliti cara ayah meniarap
Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi menunjukkan seorang ayah dan bayinya sedang berada di bilik.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gelagat ayah yang mengajar bayinya meniarap itu. Pada akhir video, bayi berkenaan dilihat mengikut cara ayahnya dan berjaya meniarap.
Ramai terpegun dan kagum melihat dua beranak itu.
"Aku pulak yang bersorak lepas bayi tu boleh meniarap" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 555.3K views, 2K reposts dan 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!