seismik

Penunggang Motor Target Kereta Di Jalan Raya, Taktik Baru Penyamun Ini Buat Ramai Risau

Harap semua take note, terutamanya wanita!

Cover image via @user31458457130402 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Setiap pengguna jalan raya sudah tentu perlu berhati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya

Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang pemandu berkongsi sebuah klip dashcamnya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@user31458457130402

Geng dia buat kerja. For those yang menghadapi situasi seperti ini, jangan berhenti di kawasan yang sunyi and jangan turun kereta. sentiasa kunci kereta esp wanita. Tolong sebarkan #jalanistanakl #pdrm #samun #fyp

Suspenseful and tense orchestra(1318015) - SoLaTiDo

Dua motor di depan tunjuk ke arah tayar kereta seperti ada yang tak kena

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemandu sedang memandu di jalan raya Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila tiba-tiba salah seorang penunggang motosikal di depannya tunjuk ke arah tayarnya. Pemandu itu membiarkan begitu saja kerana takut salah faham, namun datang pula penunggang motosikal yang kedua menunjuk tangannya ke arah yang sama. 

Pemandu pun bertindak memberhentikan kereta di bahu jalan namun dirinya bijak kerana tidak terus turun dan menyemak keadaan tayarnya. Dapat dilihat melalui klip dashcam, penunggang motosikal itu mengikuit dan datang ke arahnya seperti memegang sesuatu dan berkata "bang, saya nampak ada haba keluar daripada tayar depan"

Mujurnya, pemandu itu tidak percaya dan teruskan perjalanan tanpa turun sebab takut akan ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@user31458457130402

Nombor plat motor kedua NDU602* kabur2. perhatikan lepas saja saya melepasi mereka, terus motor depan bagi isyarat tunjuk kereta saya (video bwh).

original sound - K - K

"Mohon pada semua lady driver pasang dashcam kereta anda, demi keselamatan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 165K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kena sentiasa peka dan hati-hati ya semua, risau!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: