Paksu Bebel Dekat Anak Buah Sibuk Dengan Bantal, Tapi Netizen Pula Risaukan Pasal Pampers
Pampers tu kalau terburai, habislah!
Memiliki anak buah sudah tentu akan membuatkan suasana rumah menjadi riuh dan kecoh
Kebiasaannya, pak cik atau mak cik lah yang akan menjaga dan menghiburkan mereka di rumah apabila ibu dan ayahnya bekerja.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki menjaga anak buahnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Paksu layankan anak buah angkut bantal jadikan menara
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang mengangkut banyak bantal ke ruang tamu untuk dijadikan menara.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila paksu yang menjaga hanya membebel dan tidak perasan pampersnya sudah penuh. Ramai pula yang sibuk perhati dan risaukan pampers budak itu.
"Bang pampers dia tu pergi tukar dulu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 144K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!