seismik

Air 'Oren Bodoh' Jadi Rutin Harian, Remaja Ini Terpaksa Potong Kaki Sebab Kencing Manis

Remaja tersebut baru saja berusia 21 tahun.

Cover image via @kedidi_kakipalsu (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Penyakit kencing manis menyerang tidak mengira usia

Ada yang diserang penyakit kencing manis semasa remaja, ada juga yang diserang waktu sudah berusia. Ia semua bergantung kepada pengambilan makanan dan minuman dalam rutin seharian. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang remaja berusia 21 tahun terpaksa potong kaki kerana menghidap kencing manis telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Punca sebab minum air 'oren bodoh' hampir setiap hari

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang remaja lelaki yang berusia 21 tahun sedang ditemu bual oleh seseorang. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia terpaksa potong kakinya kerana menghidap penyakit kencing manis. Puncanya adalah disebabkan remaja itu sering minum air 'oren bodoh' setiap kali pulang dari sekolah. 

Itu yang menyebabkan dirinya terpaksa berjalan dengan satu kakinya sehingga kini. 

"Faktor utama penyakit kencing manis ialah genetik. Lepas tuu bila dah tau ada genetik kencing manis, tak kawal gula makan & minum" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 41K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga perkongsian ini dapat memberikan iktibar kepada semua.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: