[VIDEO] Kantoi Mak Mentua Buat Nasi Kangkang, Wanita Kesal Diperbodohkan Selama Ini
Kes mak mentua nak kikis duit menantu.
Menggunakan ilmu sihir merupakan sesuatu perkara yang khurafat dan akan dilaknat Allah
Percaya kepada ilmu sihir yang mendatangkan kesan buruk kepada orang lain adalah berdosa dan akan masuk ke neraka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita sedang berubat di pusat rawatan Islam telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Balik rumah sebab telefon tertinggal, tak sangka mak mentua tengah buat nasi kangkang
Menerusi video berkenaan, kelihatan mak mentua salah seorang wanita sedang berubat di pusat rawatan.
Apa yang lebih mengejutkan adalah mak mentua itu sanggup kangkangkan nasi untuk menyihir anak menantunya. Selama ini anak menantunya telah diperbodohkan dengan pinjaman duit yang bernilai besar.
Anak menantunya selama ini menjadi pak turut walaupun terpaksa gadaikan emas dan korbankan duit modal jualan.
"Sampai sini rasa sakitnya. Cukup lah sekali je kena penunduk macam ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 514K tontonan, 16K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!