seismik

"Hello Polis, Tangkap Dia" - Gelagat Individu Pakai Maskot Naik Motor Ini Cuit Hati Ramai

Perut tu simpan sikit.

Cover image via @kimi_kimon (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, individu akan memakai maskot di acara tertentu untuk menarik perhatian kanak-kanak

Ada yang memakai maskot Upin Ipin, Doraemon dan macam-macam lagi untuk menarik perhatian budak kecil yang ada. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan dua orang individu memakai maskot sambil menunggang motosikal telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba naik motor walaupun perut besar

Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi rakaman sedang memaparkan gelagat penunggang motosikal di jalan raya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dua individu tersebut dilihat memakai maskot katak dan Rilakkuma sambil menaiki motosikal.

Mereka berdua dilihat duduk di ruangan yang cukup-cukup saja disebabkan badan maskot yang besar. Aksi lucu mereka ternyata telah mencuit hati ramai.

"Ni kalau polis tahan, polis pun garu kepala nak saman ke tak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 524K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, comel betul. Masalahnya muat pulak tu perutnya! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: