seismik

[VIDEO] Payung Terjun Gagal Mendarat, Netizen Komen Beri Semangat Kepada Wira Ini

Tak apa bang, janji selamat!

Cover image via @redsparrow4345 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persembahan perarakan daripada pelbagai kontinjen negara telah dilakukan semalam di Dataran Putrajaya

Hari Kebangsaan yang ke-66 ini telah menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang penerjun negara gagal mendarat dengan baik telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Landing kurang baik, penerjun ini rasa serba salah

Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi sedang merakamkan persembahan daripada penerjun negara semasa sambutan Hari Kebangsaan. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang penerjun dilihat mendarat dengan kurang baik. Perkara itu disebabkan angin kencang di atas yang menyebabkan penerjun itu tidak stabil. Dia dilihat tenang melipat payung sambil bergegas ke arah pasukannya. 

Ramai penonton dan netizen tetap memuji sifatnya yang tidak kalut dan memberi semangat kepadanya. 

"Part dia lari nak masuk baris tu sebak sangat, tak apa yang penting selamat bang" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 62K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Respect, yang penting kekal tenang! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: