seismik

[VIDEO] Buat Inai Corak 'QR Code', Member Ini Tegur Senang Nak Bagi Duit Salam Kaut

Peh, advance!

Cover image via @IniAlalalannn (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pengantin perempuan membuat inai di tangan mereka

Tambahan lagi, pada hari majlis perkahwinan. Ramai yang suka corak inai berbunga, minimalis dan banyak lagi. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pengantin perempuan membuat inai corak unik telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:  

Buat corak 'QR code' senang untuk tetamu beri duit salam kaut

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pengantin perempuan sedang membuat inai untuk persiapan di majlis perkahwinannya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pengantin perempuan itu memilih corak kod QR untuk inai majlis kahwinnya. Salah seorang ahli keluarganya pula cuba mengimbas kod itu menggunakan aplikasi dan ia ternyata berjaya.

"Jangan tukang inai letak QR dia sendiri sudah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 142.3K views, 1K reposts dan 1K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan rasa teruja masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kreatif, lepas ni boleh dah buat corak macam ni.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: