seismik

[VIDEO] Kena Scam, Lelaki Bengang Beli Roti Wap Mahal Tapi Tiada Inti Ini Cetus Kecaman

Dah lah mahal.

Cover image via @boyngah (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular makanan viral yang dikenali sebagai Roti Wap

Roti Wap merupakan roti yang dikukus dan mempunyai pelbagai inti sebagai filling. Ada rasa pandan, kaya, coklat dan macam-macam lagi. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang individu kena scam masa beli Roti Wap telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Beli Roti Wap harga RM11, sekali tak ada inti

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang individu baru saja selesai membeli Roti Wap di lokasi yang tidak dikenali. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila Roti Wap yang dibeli itu tidak mempunyai inti. Peniaga hanya meletakkan perisa kaya di atas roti saja. Lelaki tersebut bengang kerana serupa kena scam. 

"Mak aku cakap daripada beli roti wap, baik beli pau je. Lagi murah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 994K tontonan, 50K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hmm, macam makan roti putih dah! :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: