seismik

[VIDEO] Baru Nak Healing, Terkejut Ada Wau Tembus Cermin Kereta Ini Buat Ramai Panik

Bahaya betul.

Cover image via @arfdy12 (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wau merupakan sejenis layang-layang tradisional bersaiz besar

Kebiasaannya, wau dimainkan di negeri belah utara seperti Terengganu atau Kelantan. Setiap wau mempunyai keunikan corak mereka masing-masing. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang individu sedang berhadapan situasi cemas telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Baru nak healing, sekali wau tercucuk cermin kereta

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang individu sedang berada di dalam kereta untuk healing di tepi tasik. 

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sebuah wau tiba-tiba tercucuk cermin keretanya. Mujurnya, teraju wau itu tidak terkena dadanya. 

"Teraju wau memang tajam, lagi-lagi masa tengah menjunam, ibarat buluh runcing jatuh dari langit" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 199.6K views, 728 reposts dan 863 likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Bahaya betul ya, seram!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: